Upload your file here

Saturday, January 30, 2010

Download English lesson : Levitation

In this video, you will learn how to speak effectively. Its about tricks to do for levitation. a worthy nice video...

Download latest Adobe Shockwave Installer

Download latest Adobe Shockwave Installer...

Download Ketika Cinta Bertasbih (NOVEL)

Download now, A good story based novel...

Thursday, January 7, 2010

Manchester City & UAE

My fave sport... football updates...

I just heard thru the radio that Syeid Mansoor had just 'presented' Roberto Mancini with 100mil pound for new year shopping, to eleviate the club status to challenge for the top four finish.

Will it be Frank Ribery? Chiellini? Neuer? David Villa?

Another transfer saga just started...

Wednesday, January 6, 2010

Future Sugar Price in Malaysia

A dependable insider source at Malaysia Sugar Manufacturers (MSM), had revealed that, with the take over of the company by a government linked corporation, the price of sugar will go up to Rm3.00 per kilogram.

After the completion of take over of MSM, the government had approved the price to increase by 13% to a new price of RM1.65 per kg. More to come at Boleh-land...

Mahathir & Abdullah Ahmad Badawi

Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak Malaysia) menggesa agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan seorang penulis buku antarabangsa Barry Wain, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, bahawa sepanjang pentadbiran 22 tahun mantan perdana menteri keempat hampir sebanyak RM 100 bilion dibazirkan dan termasuk berlakunya rasuah.

Gerak juga menggesa agar siasatan suruhanjaya diraja itu nanti melibatkan dakwaan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap mantan perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi yang melibatkan penggunaan wang bernilai RM270 bilion dalam masa lima tahun.

Siasatan yang adil perlu dilakukan bagi mengembalikan nilai kredibiliti kepimpinan negara dan kedudukan Malaysia dalam tangga indeks persepsi rasuahnya yang jatuh pada tangga ke-57 pada tahun lalu.

Dakwaan berlakunya penyelewengan dan rasuah seperti yang didakwa melibatkan kedua-dua mantan perdana menteri ini wajar disiasat kerana ia melibatkan suatu jumlah yang begitu besar sehingga mencecah bilion ringgit.

Jika dakwaan ini tidak disiasat sebaiknya, Gerak bimbang fenomena penyelewengan dan rasuah berskala mega akan menjadi amalan para pemimpin negara pada masa hadapan.

Hakikat ini tidak boleh kita nafikan kerana situasi kekukuhan ekonomi negara juga amat bergantung kepada tahap integriti pengurusan sumber khazanah negara.

Kebolehpercayaan para pelabur asing terhadap kestabilan ekonomi negara akan tergugat jika pemain-pemain rasuah politik-ekonomi secara terus-terusan menjadikan sektor perekonomian negara sebagai sarang rasuah yang boleh mengakibatkan kualiti ekonomi sesebuah negara merudum.

Jika khazanah negara seperti petroleum dan sumber asli yang lain tidak diuruskan dengan penuh integriti, maka tidak mustahil untuk kita menegaskan bahawa ketidakstabilan ekonomi yang agak meruncing pada hari ini adalah diakibatkan oleh perlakuan jenayah rasuah berskala mega.

Rasuah berskala mega seumpama ini perlu dihentikan dengan memulakan pendakwaan segera terhadap individu-individu berprofil tinggi termasuklah yang melibatkan kepimpinan tertinggi negara dan negeri. - Mohd Nazree Mohd Yunus pengerusi Gerak Malaysia -

4-in-a-family brutally murdered

Pembunuhan kejam keluarga imam

Empat beranak dibunuh dengan kejam dan mayat mereka ditemui berlumuran darah di dua rumah yang terletak bersebelahan di Kampung Batang Rokan, kira-kira enam kilometer dari Gemencheh semalam.

Mereka ialah imam masjid kampung berkenaan Atan Daud, 90, isterinya Sutiah Katas, 80, menantu pasangan itu Ismail Awang, 76, dan cucu mereka Siti Khatijah Ismail, 22.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata mayat keempat-empat mereka ditemui pada kira-kira pukul 3.30 petang oleh adik Siti Khatijah yang baru pulang dari sekolah.

"Tiga mayat ditemui dalam keadaan terbaring di ruang tamu dalam rumah imam itu, manakala mayat Siti Khadijah ditemui di ruang tamu rumah bersebelahan. Mayat Ismail Awang ditemui dalam keadaan putus kepala sementara anaknya Siti Khadijah ditemui dengan pisau masih terpacak di dada, manakala Atan dan Sutiah ditemui dengan kesan tetakan pada tangan, seolah-olah mempertahankan diri daripada serangan," katanya pada sidang akhbar semalam.

Beliau berkata polis menemui senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu di sekitar kawasan rumah terbabit.

"Polis percaya serangan itu berlaku pada sebelah pagi dan kami akan berusaha memastikan mereka mendapat pembelaan. Ia perbuatan kejam yang berlaku dalam sebuah keluarga," katanya.

Osman berkata polis kini mencari cucu lelaki imam itu yang dikenali sebagai Rashidi Ismail, 34, dengan nombor kad pengenalan 760315-05-5025 bagi membantu siasatan.Lelaki itu didapati hilang bersama motosikal Suzuki berwarna biru bernombor plat BAY 2805, katanya.

Sementara itu ketua kampung Bukit Rokan, Jamaluddin Biee berkata imam berkenaan tinggal di kawasan yang agak terpencil dalam kawasan ladang getah itu, bersebelahan dengan rumah menantunya. Kes pembunuhan itu menggemparkan penduduk berdekatan menyebabkan ratusan orang sanggup berhujan dan berjalan sejauh 300 meter dari jalan raya melalui kawasan ladang getah dan belukar yang gelap gelita untuk ke tempat kejadian. Unit anjing k9 dan pasukan forensik dari Seremban berada di tempat kejadian.- Bernama

Joke of the day...

National Lawyer, Tan Sri Abdul Gani Patail revealed today that a prebet is the sole master mind for the missing RM100 million RMAF engine.

He is not sure whether the engine is still in Uruguay or not but, the final destination is Uruguay.

The priority now is to find the engine.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini mendedahkan bahawa, hanya anggota pangkat rendah yang terbabit dalam kehilangan enjin buatan Amerika Syarikat yang bernilai RM100 juta itu.

Beliau juga mendedahkan bahawa destinasi terakhir dua enjin tersebut dibawa ialah Uruguay.

Abdul Gani tidak pasti sama ada enjin itu masih berada di sana atau sama ada telah dipindahkan ke tempat lain.

"Keutamaan sekarang ialah mencari enjin tersebut," katanya.